a new era

Dakwah kepada Allah ialah menyeru manusia agar beriman dengan Allah serta beriman dengan apa yang telah dibawa oleh para RasulNya, membenarkan apa yang telah diberitakan oleh mereka dan taat kepada perintah mereka

Join The Community

Saturday, December 11, 2010

REALITI KITA


Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.  2:208

Ayat diatas sememangnya satu ayat perintah dari Allah s.w.t untuk memerintahkan  penganut agama islam untuk terus kekal berpegang teguh keatas ajaran Nya… berlandaskan hukumNya… berlandaskan syariatNya.. namun… realitinya  penganut agama islam umpama curang terhadap agama sendiri.. mereka umpama buih buih dilautan.. ynag tidak cekal dalam agama… tidak komitmen… serba serbi dalam kelemahan.. baik dari segi politik.. ekonomi… senjata… umat yang ramai,tetapi mempunyai kualiti yang amat menyedihkan. Mengapa ini berlaku?? Apakah kita.. umat yang dibanggakan Nabi Muhammad s.a.w berada dalam kemurkaan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang?? Seharusnya kita kembali kepada sirah junjungn yang mulia… bagaimana baginda yang mulia memulakan perjuanagan ini hingga Allah memuliakan kita… teringat kata kata Al Farouq yang suci “kita kaum yang dihinakan Allah… namun Allah telah memuliakankan kita dengan agamaNya”  umat islam umat terbilang… mereka mempelopori segala bidang… sebut saja islam… tergambar sinar kegemilangan… ibnu baituta,ibnu khaldun , ibnu sina… pelbagai ilmu telah kita kuasai… namun.. apakah punca kita menjadi lemah? Hingga begitu mudah diperbudakan oleh bangsa antarabangsa… sedang kita adalah singa perkasa… persoalan pokok mengapa kita berada dalam keadaan lemah…. Adalah kerana iman yang tidak mendalam terhadap Allah… pagi menjadi manusia  yang mulia… malam menjadi kafir durjana… iman tidak lekat didada.. jika ada pun ia hanya sementara… ini adalah masalah utama kita.. andai kata kita mempunyai keyakinan yang mantap terhadap Allah… nescaya kita tidak berada dikedudukan sehina sekarang… bagaimana Rasullah s.a.w berdakwah di Thaif?? Habis bergelocak kasut baginda dipenuhi darah darah yang suci.. habis segala upaya Zaid yang setia  mempertahankan baginda… namun… iman yang mendalam menyebabkan baginda optimis lalu berdoa:

 Wahai Tuhanku Dikau sahajalah tempatku mengadu kelemahan tenagaku dan kurang bicaraku,
kehinaanku di mata ramai, wahai Tuhan yang maha pengasih Dikaulah Tuhan mereka-mereka yang
lemah, Dikaulah Tuhanku kepada siapakah Dikau akan serah daku ini? Kepada mereka yang jauh yang
bencikan daku atau kepada seteru yang Kau berikan kuasa ke atasku? Andai kata tidak ada sebarang
kemurkaanmu ke atasku maka tidak akan kupedulikan, tetapi kemaafan dan kurniaan Kau lebih luas
untukku. Aku berselindung dengan cahaya zatMu yang menyinari segala kegelapan dan yang memberi
manfa’at dunia dan akhirat (aku berselindung denganNya) dan kemarahanNya ke atasku dan
kemurkaanMu, Dikau sahaja yang menegur sepuasnya. Dan tidak ada helah bicara dan tenaga hanyalah
dengan Dikau sahaja.

akhirnya, apa yang terjadi kepada thaif?? Ia menjadi tempat berkembangnya dakwah subur dan mekar.. begitu tinggi keyakinan baginda kepada Allah… kita tinjau keadaan kita pada hari ini, skop yang lebih berfokus, umat islam di Malaysia, kita digula gula kan dengan budaya hendonisme yang nyata menjadi barah pada remaja kita.. mereka terbiasa didik untuk menjadi artis artis muda , dibiasakan hidup dengan dunia glamour dan mengerjar kebendaan.. kemana remaja sehebat salahuddin ayubi di Malaysia?? Kemana pergi hilangnya Muhammad alfateh versi melayu?? Sedar atau tidak.. pengiktirafan unesco terhadap Malaysia yang dikatakan mempunyai sistem pendidikan terbaik dunia nyata menjadi alat untuk umat islam kita terus berada dalam keadaan mundur.. kita tidak mencipta pelajar yang berorentasikan Al quran tidak menjadi generasi ulul albab yang kita mahukan, sebaliknya.. masalah sosial semakin membarah kedalam masyarakat kita terutamanya remaja… kemana pergi sistem pendidikan ulamak yang nyata terbukti melahirkan pelajar perkasa?? Islam membuktikannya.. lupakah kita?? Hal ini menyebabkan kita umpama mendidik anak singa menjadi kijang yang pengecut… tidak membekalkan mereka dengan senjata yang memcukupi untuk mereka mengharungi dunia dan akhirat ia itu ; iman yang mendalam..  

2 comments:

kita mungkin xboleh jadi salahuddin al-ayubi,
kerana sistem pendidikan ulama da lama mati..
kita mungkin susah nk menjadi sultan muhammad al-fateh,
kerana sekularisme sudah lama menjalar...
tapi,kita boleh memilih untuk menjadi al-banna,
bintang bersinar kala jahiliah moden bermaharajalela...
kita memilih untuk menjadi siapa kita..
hari ini,esok,smpai bila-bila.............

betul... kita memilih untuk menjadi siapa kita =)

Post a Comment